Inilah JANJI PAS di KEDAH…

Sudah 3 tahun parti Pakatan mentadbir Negeri Kedah namun, seperti negeri-negeri bawah jajahan geng-geng Pakatan, semuanya indah kata dari rupa….

Kemajuan pembangunan Kedah statik sedangkan negeri lain meningkat daripada kemajuan infrastruktur, ekonomi, pelaburan dan peluang pekerjaan.

“Rakyat sudah rugi tiga tahun kerana negeri menjadi statik. Peluang pekerjaan berkurangan sedangkan PAS terus sibuk menabur janji baru.  PAS seharusnya menunaikan janji manifestonya pada pilihan raya umum 2008 untuk kepentingan rakyat, bukan berceramah untuk menabur janji,” kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Pada 30 September 2010, Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Datuk Adzmi Din mengumumkan kenaikan tarif air antara 25% – 44% bagi kegunaan domestik membabitkan 457,707 pemegang akaun di Kedah, berkuatkuasa 1 Oktober lalu.

Penduduk di Kedah tidak puas hati dan kesal dengan keputusan tersebut, sedangkan mutu perkhidmatan air masih pada takuk lama.  Kualiti bekalan air di Kedah masih di tahap lama kerana air paip berkeladak dan banyak kawasan sering menghadapi masalah gangguan bekalan air.

Banyak Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang tidak mendapat bantuan kerajaan telah berdepan dengan kesulitan apabila terpaksa menanggung kenaikan tarif air tinggi sekarang.

Kemarahan penduduk Kedah merangkumi semua golongan termasuk ahli2 PAS sendiri. Pada 10hb October tahun lepas, kira-kira 30 ahli PAS telah mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah bagi membantah kenaikan tarif air di negeri itu. Mereka yang menganggotai Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Tarif Air itu turut menghantar satu memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, termasuk mendesak supaya kerajaan negeri menarik balik keputusan menaikkan tarif air yang memberi kesan terhadap golongan miskin. Dalam memorandum itu, kumpulan berkenaan juga mendesak Menteri Besar supaya mendedahkan perjanjian antara Syarikat Air Darul Aman (SADA) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dikatakan merugikan rakyat serta mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kedah.  Pada PRU ke-12, PAS pernah mengatakan tidak akan menaikkan tarif air sewaktu berkempen.

“Sehubungan itu, kami mendesak kerajaan negeri menurunkan semula tarif air dan jika tidak, lebih baik Menteri Besar (Azizan) meletak jawatan kerana gagal menunaikan manifesto pilihan raya dijanjikan sebelum ini,” kata jurucakap Jawatankuasa tersebut  di depan Wisma Darul Aman.

Turut serta dalam demonstrasi itu ialah bekas Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Najib Fahami Yahaya; bekas Setiausaha Kerja PAS Kedah, Md Noor Abd Rahman dan bekas wartawan Harakah Kedah, Zainun Ismail.

Selepas mengadakan demonstrasi itu, Abdullah turut menyerahkan memorandum bantahan itu kepada Ketua Pembantu Tadbir Pejabat Menteri Besar, Zulkifli Othman.

Ini antara bukti kukuh yang membuktikan mereka ini hanya pandai menabur janji untuk meraih undi.

RAKYAT SARAWAK!! JANGANLAH TERTIPU DENGAN JANJI-JANJI MANIS PIHAK PAKATAN INI.

Advertisements
This entry was posted in 2011, BN, BN 2011, Pakatan, PAS, Sarawak Election 2011, Sarawak State Election, Uncategorized and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s