SAPA LEBIH MAKMUR? KELANTAN atau NIK AZIZ?

Ada cerita mengatakan hal rasuah derma pada Pas yang juga sering disalah gunakan oleh pemimpin tertinggi Pas, kayu balak, projek kuari sering menjadi isu penyelewengan di Negeri Kelantan dan Nik Aziz ialah orang paling berkuasa di negeri tersebut.  Dengar khabar Nik Aziz dan anaknya dok makan rasuah dari projek kayu balak dan projek kuari sampai nak habis kayu balak di kelantan.

Kelantan membuktikan bahawa negeri itu adalah antara negeri yang mempunyai keluasan penebangan kayu balak yang diluluskan berbanding dengan hasil balaknya.

Pendedahan mengenai kepupusan hutan di Kelantan yang tidak mendatangkan hasil kepada rakyat di negeri itu telah mengundang banyak persoalan mengenai kepimpinan kerajaan PAS dalam isu pembangunan negeri tersebut.  Bila kita lihat kadar pembangunan di Kelantan dibandingkan dengan di negeri lain di Semanjung Malaysia, memang jauh sekali berbeza… 

Siapa yang sebenarnya mendapat keuntungan dari “pembangunan” yang dikatakan?

Mungin kerana tidak dapat lagi melihat kemiskinan berleluasa di negeri beliau, Sultan Kelantan bulan lepas mahu satu pelan tindakan khas dirangka dalam usaha membantu mengeluarkan rakyat daripada lingkaran kemiskinan.  Sehubungan itu, baginda meminta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Kelantan (Maik) mengambil tanggungjawab tersebut bagi memastikan pendekatan yang terancang dan berkesan.

Menurut laporan blog tersebut, baginda mahu anak-anak Kelantan yang telah berjaya dalam kehidupan mereka wajar turut membantu Maik dengan menyalurkan peruntukan dan kepakaran melalui perkongsian bijak.”Ini termasuklah melalui penyediaan kediaman selesa secara berperingkat di seluruh jajahan, mengujudkan Biasiswa Sultan Ismail Petra bagi pengajian tinggi dan Biasiswa Tengku Anis untuk sekolah rendah dan menengah, selain bantuan kesihatan,” kata baginda.

Semasa bertitah, baginda mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Pusat kerana prihatin terhadap permasalahan rakyat dengan turut menyalurkan bantuan segera kepada mengsa bencana banjir, Disember lalu.   Kesediaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak datang sendiri meninjau keadaan telah mendapat pujian dari baginda. Ini menunjukkan baginda tidak berpuas hati dengan apa yang dibuat oleh kerajaan PAS Kelantan.  Nampak sangat kerajaan PAS hanya tahu nak menabur janji waktu pilihanraya, tapi lepas menang tak buat apa-apa.

Ini adalah bukti kegagalan kerajaan PAS Kelantan mentadbir dengan berkesan.  Mungkin mustahil untuk menghapus 100% kemiskinan tetapi usaha tersebut mestilah dibuat secara berterusan dan bukan bila waktu pilihanraya sahaja.

Ini patut jadi pengajaran rakyat Sarawak yang menyokong atau inginkan menyokong demi perubahan dan memilih untuk mengundi parti PAS atau pembangkang lain.  Jangan tertipu dengan janji-janji manis Geng Nuar ni. 

Bes sangat parti pembangkang yang TAUKEnya seorang lelaki hangat dengan kes liwat dan video zina nya?  Jangan gadai nasib masa depan anak nak kita kepada penipu bangsa ini.  Fikir-fikir lah sendiri….

Advertisements
This entry was posted in BN, BN 2011, Manifesto BN Sarawak, Pakatan, PAS, Sarawak Election 2011, Sarawak State Election, SNAP, Uncategorized and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s